ORDER FULFILLMENT (PERLAKSANAAN ORDER)
Setelah pelanggan selesai membuat pembayaran pembelian, pelanggan akan menerima "auto generated" email untuk setiap langkah perubahan status order pelanggan. Sila ambil maklum perubahan status order seperti di bawah :
Order Confirmation :
Pelanggan telah berjaya membuat pembelian dan kami telah menerima order pelanggan di dalam queue order kami. Saranan kami : pelanggan wajib menyimpan email confirmation dan nombor order masing-masing untuk kegunaan masa hadapan.
Order Processing :
Order pelanggan sedang/telah disemak. Order pelanggan berada di dalam queue untuk pembungkusan. Harap bersabar menunggu sementara kami menyediakan order anda.
Order Shipped :
Order pelanggan telah dibungkus dan diberi nombor tracking. Nombor tracking mungkin mengambil masa antara 24-48 jam untuk ada di dalam sistem tracking. Pelanggan diminta untuk memantau nombor tracking dari semasa ke semasa dengan kurier atau di tracking link yang telah diberikan.
Order Completed :
Pengeposan order pelanggan telah berjaya dilakukan dan nombor tracking boleh disemak dengan pihak kurier/tracking link yang telah diberikan. "Complete" di sini tidak bererti sudah sampai ke tangan pelanggan sebaliknya bermaksud pihak kami telah melunaskan pelaksanaan order sehingga tahap pengeposan keluar ke pelanggan.
Pemantauan tracking order adalah tanggungjawab mutlak pihak pelanggan.
SHIPPING POLICY (DASAR PENGHANTARAN)
Ready stock item :
Penghantaran/pengeposan akan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari bekerja (melainkan dimaklumkan sebaliknya) setelah order dan pembayaran diterima.
Preorder item :
Sila ambil maklum, pihak kami memerlukan minima 5 hari bekerja selepas tarikh official launch item, untuk menerima stok dari pihak HQ. Oleh itu, kami memerlukan lebih masa untuk memproses order anda secara teliti. Sila rujuk pada penerangan di setiap produk kerana terma untuk setiap produk berlainan.
Untuk makluman pelanggan, setelah pengeposan telah dilakukan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang permasalahan logistik akibat dari pihak kurier seperti :
Penghantaran yang gagal dilunaskan (termasuk maklumat alamat salah, parcel tidak diambil, parcel dipulangkan ke pihak kami sebab tidak dituntut) - sebarang kos penghantaran semula perlu ditanggung oleh pihak pelanggan.
Status penghantaran (kurier lambat/pergerakan tracking lambat/tiada pergerakan, parcel transit di hub lain, penerima parcel tidak dikenali) - perihal berkaitan ini berada di luar bidang kawalan pihak kami.
Namun begitu, pihak kami akan bekerjasama untuk membantu pihak pelanggan untuk menyelesaikan jika ada sebarang perkara berbangkit. Oleh itu, kerjasama dari pihak pelanggan juga amat dialu-alukan.
HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH.